Hari ini sy ingin menyentuh isu pelajaran.Tidak mudah untuk berjaya.Apatah lagi kalau kita tidak berusaha. Sesungguhnya usaha adalah tangga kejayaan,namun masih ramai dalam kalangan kita yang masih malas untuk berusaha walaupun kemudahan di depan mata.Mungkin itu adalah penyebabnya.Mereka tidak melihat kesusahan,jadi mereka lalai dan tidak lansung memikirkan masa depan. Come on adik2,celik mata anda luas2. Lebih elok kalau anda mulakan usaha dari sekarang,sebelum anda menyesal semasa menerima result yang tidak memberansangkan dan sekaligus tidak melayakkan anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Walau air mata darah yang keluar masa tu,ia tak dapat mengubah result pada slip peperiksaan anda.Jadi kenapa tidak mulakan dari sekarang?Terasa susah ingin mulakan?Jangan risau,boleh guna tips yang akan diberikan:)
- Perbetulkan niat belajar kerana Allah dan jadikan belajar ini jihad
- Sekiranya rakan-rakan menjadi faktor anda tidak dapat belajar ataupun lalai,asingkan diri sekejap dari mereka
- Mulakan azam baru dengan cita-cita yang lebih tinggi
- Pasang niat ingin membalas jasa ibubapa dengan itu anda akan lebih bersemangat dalam belajar
- Jangan asyik bermain dan mengabaikan pelajaran.Tinggalkan dulu bermain dan fokus dengan pelajaran.(bg calon SPM,exam dah dekat.)
- Sediakan kelengkapan belajar yang cukup,dengan itu anda semua akan lebih bersemangat
- Perlu ada target kerana anda akan berusaha untuk mencapai target
- Elakkan rasa lemah semangat dan mengalah sebelum berjuang
- Masih banyak yang anda tidak tahu?Jangan risau,ambil langkah bijak dengan belajar dan bertanyakan orang yang lebih pandai
- Masih belum terlambat,ya,yakinlah,selagi belum tiba masa ujian,anda masih belum terlambat untuk terus berusaha
Mungkin tips ini anda boleh ambil sekiranya ia berguna. Yang penting jangan mudah berputus asa.All the best:)
No comments:
Post a Comment